Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Mencari Kekuatan..

Pernah terbaca dalam beberapa artikel yang menyatakan bahawa keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Najib(PM) meningkat. Berlakunya peningkatan yang baik,mungkin kerana dasar2 kerajaan selepas PRU-12 lebih memberi keyakinan kepada rakyat dan menguntungkan semua lapisan masyarakat. Dasar2 dan slogan baru seperti NKRA, RMK-10,slogan 1 Malaysia,New Economic Model dan lain2 gayanya mampu menarik perhatian rakyat serta meletakkan keyakinan & memberi momentum utk PRU-13. Selain itu, pernah terbaca, mengatakan jg bahawa kadar pengangguran dalam negara telah berkurangan-slightly decline. Justifikasi ekonomi negara yang baik antaranya adalah kadar Penganngguran dan cukai dalam negara.Ini merupakan antara elemen2 yang akan memberi check and balance kepada sesebuah kerajaan dalam menilai prestasi urus tadbir negara.Bagi saya seorang graduan, memang banyak peluang pekerjaan pada ketika ini walaupun kesan Krisis Sub-Prima, masih lagi terasa. Jika tidak bekerja peluang untuk terlibat dengan program latihan turut di sediakan oleh kerajaan kita. Bermakna selepas grad boleh terus masuk training sebelum masuk bekerja. Dengan tujuan untuk menyediakan individu itu well knowledge sebelum bekerja. Rata2 sahabat yang grad bersama sudah punyai pekerjaan atau terlibat dengan latihan dengan mana2 tempat untuk graduan. Jadinya BANCI yang dibuat pada pertengahan tahun ini pastinya memberi kesan yang positi.Yang mana kurangnya kadar pengangguran.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan kepada umat Malaysia bergantungan kepada kerajaan untuk pelbagai sektor. Memanglah kan, setiap ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih adalah untuk memberi khidmat kepada kita sebagai rakyat. Mereka tidak akan menjadi PM, TPM, menteri, ahli kabinet, MB,exco kerajaan negeri& etc tanpa undi, daripada kita, pengundi yang layak.Begitulah percaturannya.

Namun begitu,ramai yang akan suka akan kerajaan dalam beberapa perkara. Misalnya kebanyakan graduan lebih suka bekerja dengan kerajaan berbanding swasta. Betul kan?? Alasannya adalah selamat.Kalau sudah "confirm" istilahnya, maka sampai akhir hayat lah selamat kita dengan organisasi itu, selagi mana tiada perkara2 lain mendatang. Realitinya peluang untuk bekerja dengan kerajaan tak banyak.Pernah terbaca, mengatakan jumlah gunatenaga yang di perlukan untuk kerja dengan kerjaaan adalah sekitar 20-25% je. Selebihnya swasta atau business sendiri.Namun itulah orang kita nak kerja kerajaan juga, walau tak kira apa bidang, asalkan terjamin.Merasakan rational, atas alasan "terjamin". Tidak dinafikan bekerja dgn swasta sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, serta tahan dengan segala cabaran mendatang. Sebabnya kerja dengan swasta ni, adalah profit oriented. Bukan seperti kerajaan yang menggabungkan kepentingan negara dan dalam masa yang sama menjana pendapatan negara.Jadinya bekerja dengan swasta sememangnya tentang "performance". If you can perform better, inline with company objective, you will get what you deserve.

Tertarik juga kebelakangan ini berkenaan slogan 1 Malaysia. Inilah trademark Datuk Najib berbanding Pak Lah - Islam Hadhari.Seluruh negara mencanangkan slogan ini. Jika di perhatikan semuanya 1 @ SATU.Perhatikan iklan2 disekeliling kita, dalam tv, majalah ,papan iklan- semuanya menggunakan aspirasi 1 atau SATU dalam mempromosikan agenda masing2.Hatta NGO dan persatuan2 yang wujud di Malaysia turut menjayakan aspirasi ini. Ada yang berpendapat, jika kita bersama dengan aspirasi kerajaan yang memerintah, selamat lah kita.Aktiviti mudah diluluskan, cepat dan lebih efisyen sekiranya berurusan dengan kerajaan, kerana wujudnya eleman dan slogan kerajaan.Apa2 pun itu pendapat masing2 dan ada rationalnya. Cumanya nanti janganlah kita menjadi lalang- yang mana cepat berubah mengikut angin,tapi jadilah seperti padi semakin berisi semakin tunduk.Kerana tiap kerajaan yang ada bergantung pada kuasa rakyat. Bagaimana jika nanti parti pembangkang pada harini bakal menjadi kerajaan. Adakah kita akan mengubah sokongan, kerana kerajaan telah berubah? Mestilah ubah kan. Bukannya tujuan provokasi politik , tapi cumanya dalam tiap individu harus punyai pendirian dan prinsip yang akan dibawa sepanjang zaman.

Terbaru , 40 ulama(kononnya) muda telah memasuki UMNO.Sekali lagi bukan melihat daripada sudut politik semata-mata, tapi kita melihat daripada aspek pentingnya jika mendapat sokongan parti memerintah. Telah heboh dalam blog2 seperti(penembak-tepat.blogspot) mengatakan bahawa kemasukan mereka adalah utuk menjamin survival di Malaysia ini. Sememanagnya telah hebah di blog2 mengatakan bahawa golongan2 ini adalah wahabi. Sememangnya Wahabi di tolak di negeri2 Malaysia. Pendapat mengatakan bahawa dengan kemasukan mereka ke UMNO ini, peluang mereka amat mudah , memandangkan platform kerajaan yang dibawa. Ceramah boleh dibuat di mana2, sebab org Kerajaan katakan.Namun apa yang akan disampaikan itu amatlah merunsingkan dan dirisaui akan mengganggu gugat keharmonian dalam negara.


Bukanlah politik semata2 yang menjadi justifikasi kita. Sesungguhnya Landasan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar lebih mendepani segalanya. Lebih penting daripada politik antara PAS , UMNO dan PKR. Kerana apa guna nya politik jika sekiranya aqidah kufur dan tidak mendapat redha ALLAH


Ketahuinlah, kita menentang Wahabi sekerasnya-kerasnya bukan sebab mereka, tak baca qunut dalam solat, tak baca doa lepas solat, menolak talkin ke atas mayat, tak baca Yasin,menolak ziarah kubur, menolak tawassul dengan nabi dan lain2 (yang meraka kata Bida'ah )tetapi sebab mereka membawa Aqidah yang kufur, mengatakan Allah ada tangan, kaki,duduk, ada tempat(berarah)dan sebagainya yg mana sama seperti makhluk. Mana mungkin Allah itu sama seperti kita. Itulah perkara pokok kita menentang Wahabi.Kesimpulannya: SESUNGGUHNYA ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT DAN TIDAK SAMA SEPERTI MAKHLUK CIPTAANNYA.

Sebelum Pergi.

Hari ini meupakan Hari kedua untuk semester 2 2009/2010.Semester akhir sebelum melankah pergi daripada UIA ini.Dan terasa juga UIA ini lengang dengan tiadanya sahabat2 yang sudah grad. Ada yang mengangur dan ada juga yang bekerja.

Suatu ketika disangkakan grad ni satu yang mahu best tapi.. Macam tak ada menda. Kata Dr Irwani, " Your University time is very precious. Time to think about your self. Here when you still have the time, you need to become selfish. Become selfish in thinking about yourself . This is the time to get as much as you can with the knowledge. When You step out from this campus, the commitment will be be between you, company, family, bosess and everything. Not having any time to think about Yourself.."kata Dr dalam kelas pertama MBL semalam. Memang betul..

Lepas Isya bersama dengan sahabat UIA sempat berbincang dengan Shaikh Omar.Seorang sahabat dan guruku.Terngiang apa yang dikatanya," Ilmu yang ada ini mestilah di sampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kita berada di atas jalan Haq, dan sekiranya hendak bergantung kepada beliau siapa yang akan meneruskan. Malaysia akan dipulangkan kepada org Islam Malaysia. . Dan akhirat nanti akan di persoalkan tentang apa yang dah dibuat dengan ilmu yang ada.Belajar , sebar ,Tahzir dan da'wah.."

Menelusuri kembali dalam baki kurang daripada 4 Bulan ini banyak yang perlu diperkemas sebelum melangkah pergi.Membaca perlu digiatkan lagi. Talaqi kena di buat selalu, Disiplin perlu dipertingkatkan dan beberapa lagi.Aku tidak mahu ke luar dengan begitu kosong dan bukan standard seseorang yang kononya intelektual tetapi kosong sebenarnya.

Ilmu perlu dijangkau dengan kuat dan apa yang ditinggalkan mestilah benih2 yang bakal menjadi pulau walau di mana mereka dicampakkan termasuklah aku yang mencampakkan benih itu..

Indah nya hidup ini

Berada dalam exam period. Sepanjang lama tidak menulis banyak yang sudah di lalui. Antaranya Mafinact & Mafex,AGM's, Demo dan lain2. TIdak perlu di coretkan. Biarlah menjadi sejarah yang berguna.

Yang mana bukanlah kewujudan blog ini untuk digunakan dalam menukilkan segala bentuk pencapaian individu masing-masing, yang mana mungkin boleh membawa kepada...

Teringat semalam lepas balik solat Isya di Masjid UIA. Melalui "Al Ghazali Road" dan melalui HS Kafe, Library, AIKOL, stadium dan beberapa Mahallah lagi.

Saya suka exam period.. Suasana belajar benar2 wujud dalam UIA.LIbrary dari jauh nampak padat dengan individu2 yang datang.Ada yang solo, duet, dan berkumpulan.dengan tujuan belajar. Di kafe semuanya bersama buku2 atau buku & laptop dan belajar. Kelas-kelas yang selalu menjadi tempat meeting pelajar UIA (golongan BZ memanjang)jadi lengang,stadium tiada orang yang datang malam ini. Lebih menarik deretan motosikal yang parkir di masjid lebih banyak daripada biasa.Ramai sungguh yang ke Masjid.Tidak terhad di Masjid , tetapi surau2 di Mahallah turut menerima gelombang perubahan pelajar yang berbondong-bondong datang berjamaah. Indahnya Exam WEek..

Tertanya mengapa begitu?Seharusnya suasana ini berterusan dan dibudayakan.Mungkin apabila tiada kelas dan cuma berada antara buku dan aku, terasa ada lopongan yang kuat antara yang dicipta dan pencipta. Mengharapkan redha-NYA..Aku harap umat ini tidak terus hanyut walau berapa kali tsunami melanda.Terus kukuh dan padu atas dasar yang benar dan kukuh.

Akhir kalam tadi menelurusi beberapa blog dan tertarik dengan kata-kata Imam Hassan al-Banna: "Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya kamu akan melihat Islam tertegak di Tanah-airmu".

Perkataan "Islam,Dalam dirimu & Tanah Airmu , menguntum seribu interpretasi bagi saya dalam berGERAK"

Sempat pagi tadi sebelum masuk ke kelas Issues bersembang dengan Elias dan Sulaiman. Isu nya Convocation!!

Kedua-duanya mengatakan bahawa tidak berminat untuk Convocation ceremony pada bila masanya.Atas alasan xda apa pun pun . Sekadar ambil skroll dan bergambar sana dan sini. Saya juga suatu masa dahulu punyai perasaan sebegitu. Tambhan pula untuk Konvo, kurang mesti ada RM300, untuk jubah, buku, gambar dan lain2. Tidak termasuk lagi dengan nak support duit minyak, makan,shopping dan lain2 lagi. Mungkin mencecah RM1000.

Sulaiman kata ," Jalan mudah kita sekadar ambil sijil shaja.Xperlu untuk upcara konvo di CAC"

Namun kami sedar, Convocation Day nanti mungkin kurang erti atau kata lain takda feel pun buat kami yang Konvo. Tetapi cukup bererti untuk Mak , Abah dan Famili. Hari itulah nanti menjadi kebanggaan Mak dan Abah. Anak yang didik dan dijaga selama ini megah di menara gading. Perit jerih membesarkan anak2 yang ramai tersa lapang seketika dan akan bertambah lapang. Pastinya terpancar wajah2 ceria mereka apabila melihat anak kesayangan berjubah Hijau UIa dengan bangganya melangkah di atas pentas untuk menerima senuah ijazah..

Itulah sebenarnya lebih bermakna sebuah Majlis Ijazah atau Convocation Day.. Majlis khas untuk Mak Abah & famili yang terus menjadi tulang belakang selama ini.

Sebelum Aidilfitri

Ketika ini saya Masih lagi di Bumi UIAM.Hari ini Jumaat dan 2 hari lagi Syawal akan menjelma.Jadual masih lagi padat untuk minggu ini yang mana seminggu yang berlalu ini, sepatutnya sudah ada di kampung; berbuka dan bersahur bersama keluarga.Terbayang masakan Mak yang sememangnya sedap..

Untuk kali ini cuti raya 2 minggu.Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya.

Untuk minggu pertama telah di habiskan untuk 2 perkara:

Pertama: Ke Pasir Puteh untuk ke Pondok Falahiah.Ziarah ilmu bersama warga Pondok di sana. Pertama kali datang ke Pondok.Cuma arwah Tok pernah belajar di Pondok di Penanti kalau tak salah. Satu pengalaman yang cukup penting dan mengharukan. Pengamatan saya sistem pondok sememang nya trdisional . Tetapi kita bertalaqi dan mengambl ilmu secara bersanad dan sampai ke Rasullullah. Ketika berada di sana, itulah pengalaman berada dalam suasana ilmu,. Pagi petang siang dan malam bersam kitab. Alhamdullilah habis juga syarah kitab Aqidah Murshidah, dapat duduk dalam kuliah Paksu Hamid dalam pengajian kitab Hikam,suasana agama dan lain2. Tertnyata sistem pondok mesti dipertahankan dan pondok yang sebegini baik sistem dan kaedah pengajiannya, harus kita pertahankan. Kerna inilah alternatif untuk warga mencari ilmu yang sebenar dan berguru. Kunjungan ziarah selama 5 hari tidak akan berakhir. Ini adalah permulaan dan akan saya jejak pondok2 yang ada..

Kedua: Ziarah ke pondok dari 10 SEPt akhirnya berakhir pada 15 Sept.Masuk kembali kepada fokus sebelum raya yakni program Wataniah. Sekali lagi ke Kementerian Pertahanan buat kali keduanya , bermesyuarat di Markas ATM pada hari Khamis.6 orang mewakili delegasi UIAM.Hanya untuk mesyuarat koordinasi MAFinACT dan MAFex . Agenda Mafinact pada 10/10/09 dan mafex 9-11 Okt. Penat nya masih lagi terasa dan sedikit sebanyak mood pulang ke kampung terlari fokusnya dan apatah lagi aidilfitri.Masih banyak lagi perkara yang perlu di koordinasikan sebelum 28 SEpt yakni ini semasa cuti ini. semuanya perlu segera, jika tidak payah nanti. Alhamdulillah my team begitu kuat dan memahami kapasiti kami bersama.Ya Allah bantu lah kami dan permudah kanlah kami..Ameen

Pagi Jumaat ini akan saya gagahkan juga untuk pulan ke ke kampung. ADN 7416 akan pulang bersama. Insyaallah selamat kami sampai..

Mengisi Minggu Sebelum Cuti Raya

Alhamdulillah minggu yang memenatkan sudah selesai.Disangkakan minggu ini rileks. Tapi tidak juga.

6/9/09(Ahad)
-Iftar di rumah tempat Asri mengajar
-Harini sempat ke Pavillion untuk tgk skuad Demo Cekak Hanafi perform di sana.

7/9/09(Isnin)
-Meeting Mafinact & Mafex di HS jam 11pagi
-Meeting Nadi@Watan jam 1.30ptg."Rally" meeting yang panjang untuk persediaan kelak
-Buat pertama kalinya Iftar di Masjid Zakaria(MZ), bersama Asri.Berselera walaupun hanya kari ayam, sayur kankung, dan ikan masin.Munkin rasa mcm masakan rumah di kampung..huh.
- Malam traing silat.Malam ini bagi buah jatuh pertama untuk penuntut.

8/9/09(Selasa)
-Pagi ini sempat juga mendobi baju dgn mesin basuh RM2.00 di mahallah
-Lepas kelas sibuk dengan persedian untuk Mesyuarat Koordinasi dengan ATM,IP,CPD,Sport Cmplex.MUdahan di permudahkan Allah.
- Iftar bersama semua kawan2 scholars di FFSD hall.Isu kerjaya menjadi orientasi sembang kami.
- Mesyuarat & Penerangan untuk Wajadiri UIAM 2010 oleh Tn Hj Amrahi(VP Cekak Hanafi Malaysia)turut hadir abg Rais n Abg Zul.Bersemngat ahli2 Cekak Hanafi UIAM dengan penerangan tersebut. Penuh Motivasi!!

Seminggu ini

Seminggu ini begitu sesak dan memenatkan.Semua berkumpul dalam masa yang suntuk ini untuk mencapai target masing2.Saya adalah antara yang tersepit antara.Setiap hari jadual penuh dan mencabar

27/8/09(Khamis)
: Midterm Objectives Shariah

28/8/09 (jumaat)
: Midterm Organizational Behaviour

30/8/09 (Ahad) : Kursus Penerapan Nilai Silat Cekak Hanafi di Bangi

31/8/09(Isnin) :Merdeka Day

1/9/09(Selasa) :Submit Individual assignment "Issue in Islamic Economics"
:Got a call from Mej Saberi through Ashida
:Group Discussion OB

2/9/09(Rabu)
:Presentation Organizational Behaviour
:Training Demo untuk MafinAct
:Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi

3/9/09(Khamis)
:Midterm English for Academic Purposes; Animal testing?
: Iftar NadiWatan IIUM

4/9/09(Jumaat) :Midterm International Management
:Discussion dgn Mej Azhar
:Kena saman parking(sedih betul)

5/9/09(Sabtu
) :Penerangan Wajadiri UIAM 2010 di Akademi Cekak Hanafi
:Iftar Silat Cekak Hanafi Malaysia di Akademi

Alhamdulillah selesai semuanya.Walaupun penat tapi iniah antara kenangan2 yang akan dibawa bila melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi ini..