Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Sebelum Pergi.

Hari ini meupakan Hari kedua untuk semester 2 2009/2010.Semester akhir sebelum melankah pergi daripada UIA ini.Dan terasa juga UIA ini lengang dengan tiadanya sahabat2 yang sudah grad. Ada yang mengangur dan ada juga yang bekerja.

Suatu ketika disangkakan grad ni satu yang mahu best tapi.. Macam tak ada menda. Kata Dr Irwani, " Your University time is very precious. Time to think about your self. Here when you still have the time, you need to become selfish. Become selfish in thinking about yourself . This is the time to get as much as you can with the knowledge. When You step out from this campus, the commitment will be be between you, company, family, bosess and everything. Not having any time to think about Yourself.."kata Dr dalam kelas pertama MBL semalam. Memang betul..

Lepas Isya bersama dengan sahabat UIA sempat berbincang dengan Shaikh Omar.Seorang sahabat dan guruku.Terngiang apa yang dikatanya," Ilmu yang ada ini mestilah di sampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kita berada di atas jalan Haq, dan sekiranya hendak bergantung kepada beliau siapa yang akan meneruskan. Malaysia akan dipulangkan kepada org Islam Malaysia. . Dan akhirat nanti akan di persoalkan tentang apa yang dah dibuat dengan ilmu yang ada.Belajar , sebar ,Tahzir dan da'wah.."

Menelusuri kembali dalam baki kurang daripada 4 Bulan ini banyak yang perlu diperkemas sebelum melangkah pergi.Membaca perlu digiatkan lagi. Talaqi kena di buat selalu, Disiplin perlu dipertingkatkan dan beberapa lagi.Aku tidak mahu ke luar dengan begitu kosong dan bukan standard seseorang yang kononya intelektual tetapi kosong sebenarnya.

Ilmu perlu dijangkau dengan kuat dan apa yang ditinggalkan mestilah benih2 yang bakal menjadi pulau walau di mana mereka dicampakkan termasuklah aku yang mencampakkan benih itu..