Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Mencari Kekuatan..

Pernah terbaca dalam beberapa artikel yang menyatakan bahawa keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Najib(PM) meningkat. Berlakunya peningkatan yang baik,mungkin kerana dasar2 kerajaan selepas PRU-12 lebih memberi keyakinan kepada rakyat dan menguntungkan semua lapisan masyarakat. Dasar2 dan slogan baru seperti NKRA, RMK-10,slogan 1 Malaysia,New Economic Model dan lain2 gayanya mampu menarik perhatian rakyat serta meletakkan keyakinan & memberi momentum utk PRU-13. Selain itu, pernah terbaca, mengatakan jg bahawa kadar pengangguran dalam negara telah berkurangan-slightly decline. Justifikasi ekonomi negara yang baik antaranya adalah kadar Penganngguran dan cukai dalam negara.Ini merupakan antara elemen2 yang akan memberi check and balance kepada sesebuah kerajaan dalam menilai prestasi urus tadbir negara.Bagi saya seorang graduan, memang banyak peluang pekerjaan pada ketika ini walaupun kesan Krisis Sub-Prima, masih lagi terasa. Jika tidak bekerja peluang untuk terlibat dengan program latihan turut di sediakan oleh kerajaan kita. Bermakna selepas grad boleh terus masuk training sebelum masuk bekerja. Dengan tujuan untuk menyediakan individu itu well knowledge sebelum bekerja. Rata2 sahabat yang grad bersama sudah punyai pekerjaan atau terlibat dengan latihan dengan mana2 tempat untuk graduan. Jadinya BANCI yang dibuat pada pertengahan tahun ini pastinya memberi kesan yang positi.Yang mana kurangnya kadar pengangguran.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan kepada umat Malaysia bergantungan kepada kerajaan untuk pelbagai sektor. Memanglah kan, setiap ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih adalah untuk memberi khidmat kepada kita sebagai rakyat. Mereka tidak akan menjadi PM, TPM, menteri, ahli kabinet, MB,exco kerajaan negeri& etc tanpa undi, daripada kita, pengundi yang layak.Begitulah percaturannya.

Namun begitu,ramai yang akan suka akan kerajaan dalam beberapa perkara. Misalnya kebanyakan graduan lebih suka bekerja dengan kerajaan berbanding swasta. Betul kan?? Alasannya adalah selamat.Kalau sudah "confirm" istilahnya, maka sampai akhir hayat lah selamat kita dengan organisasi itu, selagi mana tiada perkara2 lain mendatang. Realitinya peluang untuk bekerja dengan kerajaan tak banyak.Pernah terbaca, mengatakan jumlah gunatenaga yang di perlukan untuk kerja dengan kerjaaan adalah sekitar 20-25% je. Selebihnya swasta atau business sendiri.Namun itulah orang kita nak kerja kerajaan juga, walau tak kira apa bidang, asalkan terjamin.Merasakan rational, atas alasan "terjamin". Tidak dinafikan bekerja dgn swasta sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, serta tahan dengan segala cabaran mendatang. Sebabnya kerja dengan swasta ni, adalah profit oriented. Bukan seperti kerajaan yang menggabungkan kepentingan negara dan dalam masa yang sama menjana pendapatan negara.Jadinya bekerja dengan swasta sememangnya tentang "performance". If you can perform better, inline with company objective, you will get what you deserve.

Tertarik juga kebelakangan ini berkenaan slogan 1 Malaysia. Inilah trademark Datuk Najib berbanding Pak Lah - Islam Hadhari.Seluruh negara mencanangkan slogan ini. Jika di perhatikan semuanya 1 @ SATU.Perhatikan iklan2 disekeliling kita, dalam tv, majalah ,papan iklan- semuanya menggunakan aspirasi 1 atau SATU dalam mempromosikan agenda masing2.Hatta NGO dan persatuan2 yang wujud di Malaysia turut menjayakan aspirasi ini. Ada yang berpendapat, jika kita bersama dengan aspirasi kerajaan yang memerintah, selamat lah kita.Aktiviti mudah diluluskan, cepat dan lebih efisyen sekiranya berurusan dengan kerajaan, kerana wujudnya eleman dan slogan kerajaan.Apa2 pun itu pendapat masing2 dan ada rationalnya. Cumanya nanti janganlah kita menjadi lalang- yang mana cepat berubah mengikut angin,tapi jadilah seperti padi semakin berisi semakin tunduk.Kerana tiap kerajaan yang ada bergantung pada kuasa rakyat. Bagaimana jika nanti parti pembangkang pada harini bakal menjadi kerajaan. Adakah kita akan mengubah sokongan, kerana kerajaan telah berubah? Mestilah ubah kan. Bukannya tujuan provokasi politik , tapi cumanya dalam tiap individu harus punyai pendirian dan prinsip yang akan dibawa sepanjang zaman.

Terbaru , 40 ulama(kononnya) muda telah memasuki UMNO.Sekali lagi bukan melihat daripada sudut politik semata-mata, tapi kita melihat daripada aspek pentingnya jika mendapat sokongan parti memerintah. Telah heboh dalam blog2 seperti(penembak-tepat.blogspot) mengatakan bahawa kemasukan mereka adalah utuk menjamin survival di Malaysia ini. Sememanagnya telah hebah di blog2 mengatakan bahawa golongan2 ini adalah wahabi. Sememangnya Wahabi di tolak di negeri2 Malaysia. Pendapat mengatakan bahawa dengan kemasukan mereka ke UMNO ini, peluang mereka amat mudah , memandangkan platform kerajaan yang dibawa. Ceramah boleh dibuat di mana2, sebab org Kerajaan katakan.Namun apa yang akan disampaikan itu amatlah merunsingkan dan dirisaui akan mengganggu gugat keharmonian dalam negara.


Bukanlah politik semata2 yang menjadi justifikasi kita. Sesungguhnya Landasan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar lebih mendepani segalanya. Lebih penting daripada politik antara PAS , UMNO dan PKR. Kerana apa guna nya politik jika sekiranya aqidah kufur dan tidak mendapat redha ALLAH


Ketahuinlah, kita menentang Wahabi sekerasnya-kerasnya bukan sebab mereka, tak baca qunut dalam solat, tak baca doa lepas solat, menolak talkin ke atas mayat, tak baca Yasin,menolak ziarah kubur, menolak tawassul dengan nabi dan lain2 (yang meraka kata Bida'ah )tetapi sebab mereka membawa Aqidah yang kufur, mengatakan Allah ada tangan, kaki,duduk, ada tempat(berarah)dan sebagainya yg mana sama seperti makhluk. Mana mungkin Allah itu sama seperti kita. Itulah perkara pokok kita menentang Wahabi.Kesimpulannya: SESUNGGUHNYA ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT DAN TIDAK SAMA SEPERTI MAKHLUK CIPTAANNYA.