Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Kekalutan di Perak

Beberapa hari ini memeng agak pedih untuk saya lalui . Tidak lain mengenangkan negeri tempat didi ini mula mengenal dunia dan keluar menjengah bidang ilmu ini.

Keadaan politik yang bergolak , bermula daripada melompatnya Nasa dari BN ke PKR telah melihatkan satu peribahn yang bakal menetukan halatuju kami. tapi apabila dua ekor pengkianat yang yang sememangnyan tak boleh dipercayai menyebabkan keamanan waga perak terus berubah. Di tambah pula dgn timbalan speaker dewan yang turut menyebabkan lebih menjadi keruh.Kini sama2 28dun(PR& BN) denan BN ada 4 org tali barut(Nasa, jamaludin, Osman dan Hee)

kita memang percaya dengan qada dan qadar Allah.Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Pasti.. T%api yang yang menyebabkan timbulnya ketidak puas hatian ini bukanlah disebabkan menolak ketentuan tetapi apa yang BN dapat bukanlah dengan saluran yang tepat untuk sepatutnya.yakni melalui pilihan rakyat.

Saya secara oeribadi memang tidak mahu Islam dihina dan diperlekehkan dan dipergunakan . banyak yang mengatakan pakatan dengan DAP adalah sesuatu yang tidak tepat.kerana mereka itu orang kafir.Tetapi persoalan yang timbul..

1. Adakah pemimpin2 yang paln untuk berpakat dengan DAP itu tidak pernah berpolitik?takda kah planning untuk memastikan Islam itu terus subur sesuai dengan demokrasi dan diterima oleh semua.Adakah Pemimpin kita tak pernh terfikir akan isu ini. Jawapannya , YA.Saya yakin dan percaya everthing adalah calculated risk. Ada plan of Action dan planing jangka masa pnjang bagi memastikan semua itu terkawal dan subur.. Jadi tidak patut timbul Hilang nya kepercayaan kepada pimpinan sekarang.

2.Takkan lah MB itu bodoh sangat dan takda perancangan bagi memastikan semuanya smooth.


Tapi atas dasar apa say begitu beriya2 untuk menyokong kepimpinan MB nizar? bagi saya mudah .Sebagai rakyant jadi negeri perak say melihat satu kezaliman telah berlaku dalm negeri say. kezaliman yang telah dibuat dalam proses untuk mendapatkan kepimpinan.Adakah dengan cara kotor dan jijik ini BN harus lakukan bagi mendapat balik Perak. Memang jijik. dan sehingga kini MB nizar masih lagi kukuh denagn tidak mah untuk melepaskan jawatnnya. Alsan yang diberikan bukanlah atas dasar gila pangkat dan kuasa tapi kerna proses yang tidak tepat.Di wah say petik dari Malaysiakini knapa Nizar tak mahu turun jawatan

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

*************************************************************************************
Bukanlah say membabi buta untuk menyokong PR dan menolak PR.Tapi apakah masalah nya untuk BN melalui saluran yang tepat yakni. melaui pilihan ray umum nanti. Tidakkah risau tsunami rakyat Perak untuk tunjukkan kan segalanya dala PRU13 nanti.

Atas dasar zalim dan kaedah yang kotor inilah kiata tidak dapat terima.Sayamengakui bahawa pasa dan pkr sendiri bukanlah maksum dan semuanya betul .tetapi kalu BN nak amik perak ambillah dengan kaedah yang tepat

Sebagai org Islam kita jangan singkatkan pemikiran ini. Apa yang berlaku sahaj semuanya kita kata. mesti ada hikmahnya tanpa ada usaha dan tanpa usaha.Kena berfikir dengan jelas.

Adakah bila negara A diserang oleh Negara B kita hanya akan kata pasti ada hikmahnya dan kita seprti meredhai apa yang dilakukan oleh Negara B walupun apa yang dilakukan oleh meraka itu zalim dan tidak adil .Buknkah keadilan itu mesti sama untuk semua.Bukanlah atas dasar fanatik.

Jdinya keputusan kita supportr MB NIzar dan barisan exco nya adalah tepat. kerana apa yang diperlakukan terhadappentadbiran mereka dan perampasan kuasa yang jijik itu memang tidak boleh kita terima.Isu bahawa orang Cina untukl mempergunakan Nizar sepatutnya tidak timbul.kerana inilah yang pasti dan selalunya difikirkan agr tiap keputus dan yang diambil akan membawa demokrasi dan menjamin agama Islam dan menghomati agama lain.

Masih Tidak terlambat

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2009. Dan ini juga merupakan tulisan sulung buat tahun ini. Saya sebenarnya memang banyk isu untuk di ketengahkan sesuai dengan situasi ini. Namun masih lagi lemah dalam mnguruskan msa ini..

Apa2 pun terima kasih kepada pngjung dan tinggalkan komen and d cbox saya kalau ada sesuatu yang nak di suarakan.terima kasih