Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Sempat pagi tadi sebelum masuk ke kelas Issues bersembang dengan Elias dan Sulaiman. Isu nya Convocation!!

Kedua-duanya mengatakan bahawa tidak berminat untuk Convocation ceremony pada bila masanya.Atas alasan xda apa pun pun . Sekadar ambil skroll dan bergambar sana dan sini. Saya juga suatu masa dahulu punyai perasaan sebegitu. Tambhan pula untuk Konvo, kurang mesti ada RM300, untuk jubah, buku, gambar dan lain2. Tidak termasuk lagi dengan nak support duit minyak, makan,shopping dan lain2 lagi. Mungkin mencecah RM1000.

Sulaiman kata ," Jalan mudah kita sekadar ambil sijil shaja.Xperlu untuk upcara konvo di CAC"

Namun kami sedar, Convocation Day nanti mungkin kurang erti atau kata lain takda feel pun buat kami yang Konvo. Tetapi cukup bererti untuk Mak , Abah dan Famili. Hari itulah nanti menjadi kebanggaan Mak dan Abah. Anak yang didik dan dijaga selama ini megah di menara gading. Perit jerih membesarkan anak2 yang ramai tersa lapang seketika dan akan bertambah lapang. Pastinya terpancar wajah2 ceria mereka apabila melihat anak kesayangan berjubah Hijau UIa dengan bangganya melangkah di atas pentas untuk menerima senuah ijazah..

Itulah sebenarnya lebih bermakna sebuah Majlis Ijazah atau Convocation Day.. Majlis khas untuk Mak Abah & famili yang terus menjadi tulang belakang selama ini.