Ketika ini saya Masih lagi di Bumi UIAM.Hari ini Jumaat dan 2 hari lagi Syawal akan menjelma.Jadual masih lagi padat untuk minggu ini yang mana seminggu yang berlalu ini, sepatutnya sudah ada di kampung; berbuka dan bersahur bersama keluarga.Terbayang masakan Mak yang sememangnya sedap..
Untuk kali ini cuti raya 2 minggu.Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya.
Untuk minggu pertama telah di habiskan untuk 2 perkara:
Pertama: Ke Pasir Puteh untuk ke Pondok Falahiah.Ziarah ilmu bersama warga Pondok di sana. Pertama kali datang ke Pondok.Cuma arwah Tok pernah belajar di Pondok di Penanti kalau tak salah. Satu pengalaman yang cukup penting dan mengharukan. Pengamatan saya sistem pondok sememang nya trdisional . Tetapi kita bertalaqi dan mengambl ilmu secara bersanad dan sampai ke Rasullullah. Ketika berada di sana, itulah pengalaman berada dalam suasana ilmu,. Pagi petang siang dan malam bersam kitab. Alhamdullilah habis juga syarah kitab Aqidah Murshidah, dapat duduk dalam kuliah Paksu Hamid dalam pengajian kitab Hikam,suasana agama dan lain2. Tertnyata sistem pondok mesti dipertahankan dan pondok yang sebegini baik sistem dan kaedah pengajiannya, harus kita pertahankan. Kerna inilah alternatif untuk warga mencari ilmu yang sebenar dan berguru. Kunjungan ziarah selama 5 hari tidak akan berakhir. Ini adalah permulaan dan akan saya jejak pondok2 yang ada..
Kedua: Ziarah ke pondok dari 10 SEPt akhirnya berakhir pada 15 Sept.Masuk kembali kepada fokus sebelum raya yakni program Wataniah. Sekali lagi ke Kementerian Pertahanan buat kali keduanya , bermesyuarat di Markas ATM pada hari Khamis.6 orang mewakili delegasi UIAM.Hanya untuk mesyuarat koordinasi MAFinACT dan MAFex . Agenda Mafinact pada 10/10/09 dan mafex 9-11 Okt. Penat nya masih lagi terasa dan sedikit sebanyak mood pulang ke kampung terlari fokusnya dan apatah lagi aidilfitri.Masih banyak lagi perkara yang perlu di koordinasikan sebelum 28 SEpt yakni ini semasa cuti ini. semuanya perlu segera, jika tidak payah nanti. Alhamdulillah my team begitu kuat dan memahami kapasiti kami bersama.Ya Allah bantu lah kami dan permudah kanlah kami..Ameen
Pagi Jumaat ini akan saya gagahkan juga untuk pulan ke ke kampung. ADN 7416 akan pulang bersama. Insyaallah selamat kami sampai..
Alhamdulillah minggu yang memenatkan sudah selesai.Disangkakan minggu ini rileks. Tapi tidak juga.
6/9/09(Ahad)
-Iftar di rumah tempat Asri mengajar
-Harini sempat ke Pavillion untuk tgk skuad Demo Cekak Hanafi perform di sana.
7/9/09(Isnin)
-Meeting Mafinact & Mafex di HS jam 11pagi
-Meeting Nadi@Watan jam 1.30ptg."Rally" meeting yang panjang untuk persediaan kelak
-Buat pertama kalinya Iftar di Masjid Zakaria(MZ), bersama Asri.Berselera walaupun hanya kari ayam, sayur kankung, dan ikan masin.Munkin rasa mcm masakan rumah di kampung..huh.
- Malam traing silat.Malam ini bagi buah jatuh pertama untuk penuntut.
8/9/09(Selasa)
-Pagi ini sempat juga mendobi baju dgn mesin basuh RM2.00 di mahallah
-Lepas kelas sibuk dengan persedian untuk Mesyuarat Koordinasi dengan ATM,IP,CPD,Sport Cmplex.MUdahan di permudahkan Allah.
- Iftar bersama semua kawan2 scholars di FFSD hall.Isu kerjaya menjadi orientasi sembang kami.
- Mesyuarat & Penerangan untuk Wajadiri UIAM 2010 oleh Tn Hj Amrahi(VP Cekak Hanafi Malaysia)turut hadir abg Rais n Abg Zul.Bersemngat ahli2 Cekak Hanafi UIAM dengan penerangan tersebut. Penuh Motivasi!!
Seminggu ini begitu sesak dan memenatkan.Semua berkumpul dalam masa yang suntuk ini untuk mencapai target masing2.Saya adalah antara yang tersepit antara.Setiap hari jadual penuh dan mencabar
27/8/09(Khamis) : Midterm Objectives Shariah
28/8/09 (jumaat): Midterm Organizational Behaviour
30/8/09 (Ahad) : Kursus Penerapan Nilai Silat Cekak Hanafi di Bangi
31/8/09(Isnin) :Merdeka Day
1/9/09(Selasa) :Submit Individual assignment "Issue in Islamic Economics"
:Got a call from Mej Saberi through Ashida
:Group Discussion OB
2/9/09(Rabu) :Presentation Organizational Behaviour
:Training Demo untuk MafinAct
:Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi
3/9/09(Khamis) :Midterm English for Academic Purposes; Animal testing?
: Iftar NadiWatan IIUM
4/9/09(Jumaat) :Midterm International Management
:Discussion dgn Mej Azhar
:Kena saman parking(sedih betul)
5/9/09(Sabtu) :Penerangan Wajadiri UIAM 2010 di Akademi Cekak Hanafi
:Iftar Silat Cekak Hanafi Malaysia di Akademi
Alhamdulillah selesai semuanya.Walaupun penat tapi iniah antara kenangan2 yang akan dibawa bila melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi ini..