Kesatuan Kita Bersama

MEMBANGUN BERSAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

KERIS MELAYU

KERIS MELAYU
(Buat semua Sahabat seperjuagan yang tidak pernah jemu menegak kebenaran)

Keris Melayu,
Disepuh oleh pandai besi
Ditempa dihujung jari
Jari telunjuk menentu hati
Barang dipinta barang terjadi

Ikut kata terjadi sendiri
ganja menumpang diputing pulas
disahut emas barang yang kebal
terjadi bentuk berputar alam

pamur terjadi akibat durhaka
durhaka besi di dapur sepuh
seru turun sekalian semangat
semangat bergantung di mata keris.

Keris Melayu
Ia bukan hanya Darjat dan Kudrat
Malah, ia lambang kebijaksanaan dan kepimpinan
Halus ukir dan santun budi
Diadun lembut menjunjung bakti.

Tegaknya keris Melayu
Bukan kerna jampi serapah
Tetapi disitulah tersimpulnya
Kebijaksanaan pandai besi
Menyepuh sekalian besi

Bersama semilir angin
Dan kuasa api
Dipasak ke Hulu
Segak berdiri sehalus budi.

Jika hari ini Keris Melayu
Masih segak berdiri
Tanpa menumpang maupun dipegang
Maka selayaknya
MELAYU kini
Berdiri gagah menjulang budi
Tanpa menumpang di bumi sendiri

Bangkitlah,
Dari kelemahan
Dari kelesuan minda dan diri
Meniup kembali semangat jati diri
Mengenal jiwa agar tunduk kehadrat Illahi

Bangkitlah
dari nafsu dan dendam
Menyingkir kesumat dilubuk hati
Yang hanya membunuh mata hati
Hingga hilang maruah diri
Akibat nafsu serakah dan kebodohan diri

Kembalilah
bersatu dari cebisan terbiar
Memacu akal menuju Illahi
Agar MELAYU tetap berdiri
Diatas kaki sendiri
Sesegak Keris Melayu berdiri.

BANGKITLAH
Jiwa MELAYU asli
Menabur jasa dan bakti
Demi agama, nusa dan watan
Memimpin tanpa malu dan jemu
Bersama arus moden dan kehalusan budi
Agar berurat kata-kata Laksamana terbilang
’TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA’


Daripada:

Chulan(www.su-lpt.blogspot.com)
ASCH
7/03/07.
Kuala Lumpur.

Antara "No" dan Tidak, satu Justifikasi.

Tertarik saya dgn tajuk baru dalam kelas International Management harini. Dgn penerangan yang bersahaja Dr Azura tp mudah dan padat dengan isi.Itulah tajuknya, Culture.

Salah satu perkara yang diperkatakan adalah org Malaysia cukuplah hemah dan penuh sopan nya. Untuk menyakiti perasaan orang lain, amatlah jauh sekali.

Saya bersetuju bahawa payah org Malaysia ini untuk mengatakan TIDAK !. Kalau adapun jarang-jarang sahaja.

" Bole tak tolong saya siapkan paperwork ni, malam ni?," ujar Salleh." Tak tahu lagilah,tengoklah dululah nanti, saya ada meeting malam ini," balas Hamid..begitulah antara perbualan biasa dalam kehidupan kita.

Terlalu berat untuk Hamid mengatakan TIdak atau No kepada Salleh.Sebaliknya alasan meeting yang diberikan.Difahami secara konteksnya bahawa, Hamid tidak dapat untuk memberi bantuan seperti yang diminta.Mudahnya tak dapat nak tolong.Dengan gaya penggunaan ayat di atas, maka satu pengharapan telah diberikan kepada kepada Salleh.Lantas meletakkan Hamid dalam keadaan serba salah bila tiba waktu yang sepatutnya.Sebab tiada jawapan yang betul-betul konkrit untuk permintaan itu.Sepatutnya Hamid patut katakan," Saya tidak dapatlah nak bantu kamu malam ini.Ada meeting.Maaf ye.."

Adakah perkataan TIDAK untuk membalas permintaan org lain dalam masyarakat kita, tidak wujud sama sekali.Tidak wujud dalam kamus orang kita.Sebaliknya alasan demi alasan yang diberikan sbgai menggantikan perkataan TIDAK- yang mana mengundang bahaya..

Antara faktor yang relevan kenapa tidak mengatakan TIDAK,adalah kerna air muka.Kita tidak sampai hati untuk menjatuhkan air muka kita dengan mengatakan perkataan tersebut.Seolah -olah perkataan TIDAK itu akan menyebabkan aib besar dan menjadi buah mulut org.

Walhal dengan tidak mengatakan Tidak akan menyebabkan kita dalam keadaaan terseksa , tertekan dan terkejar-kejar.Cuma katakan TIdak kiranya kita betul-bEtul tidak mampu dan diluar batasAN, dan pastinya kita akan tenang.

Benarlah kata sahabat saya Eshadiq suatu ketika dulu,kata beliau, "Ghufran, you need to learn how to say NO !"

Daripada facebook saya: Monday, August 3, 2009

Senarai Semak

Lepas ni..

1. Beli mkanan (lauk )iftar dekat bilik dengan hariz
2. Solat terawih @ econs
3. Buat asement Issues dengan Fahmi n Asri
4. Kelas silat 1030malam

Hari ini 3 Ramadhan

Alhamdulillah dah 3 hari berpuasa

UIa terus seperti biasa..Terbaru dalam kampus seorang student pergi menghadap Allah.Lemas dalam kolam renang.Lepas main Futsal n terus menyelinap(Kata orang)ke kolam, yang sememang nya ditutup time tu

Syukur sedarbangun bersahur, Thank to Hariz n Peja bawa makanan daripada prog org asli.Dapatlah bersahur bubur lambuk dan nasi putih, ayam goreng n ikan masing

Ke kelas untuk presentation International Mnagement.Belum sempat giliran saya.kami dijemput untuk duduk.Sebab ada sahabat yang buat plagiat kata madam.Memang terkejut n xtahu nak kat.persediaan dah di buat.Tapi Allah Taala juga yang tahu.Dan aku mencari hikmahnya.New topic akan diberi..Muhasabah untuk semua.Group work adalah perlu di diskas bersama.Untuk plagiat adalah xdibenarkan.If u want to do so.letaklah sumbernya

Petang ada discussion dengan shabat2 issues in islamic Econs.Akhirnya kata putus di ambil utk saja berbincang dgn Dr Farid Shahran,Deputy Dean Irk.Sampai nak dekat asar juga lah.Tajuk: Developing Quranic Methodology vs Quranic Methodology in Learning Quran

Plan nak iftar dengan Sheikh UMar kat rmh nya.Tapi x dapat.n beliau pun terima kesulitan yg saya alami

Mencari Perubahan

Kadang2 terasa diri ini cukup hipokrit

Terdesak untuk sesuatu...

Memalukan sungguh.lama betul x update blog ni..sibuk sangat nih

Banyak isu yang hendak di ketengahkan tapi cukup x da masa nak taip.kalu ada org yang rajin taip karya saya ok je...

Program Ilmu

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]



MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]


Anjuran


PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli
agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TARIKH & TEMPAT

23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN


Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


YURAN

RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN]


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)


TENTATIF PROGRAM


Sabtu (23/05/2009)


7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).


4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).


10:00 malam : Minum malam & Berehat



Ahad (24/05/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]

Saudari Izzah Khanani [013-2197192]


P/s: saya mengenali suma speaker n menganjur dan mengesyorkan sahabat2 suma untuk datang

Terpanggil

salam .
Saya terpanggil untuk terjun ke blog saya kembali. Tidak dinafikan "mashghul" yang amat sangat untuk berkongsi sesuatu
Alasan yang dapat saya berikan untuk lambat update adalah:

1. sibuk "cikit" skarang ni
2. tiada jaringan internet yang terdekat
3.sudah memasuki alam pekerjaan di damansara.