Tertarik saya dgn tajuk baru dalam kelas International Management harini. Dgn penerangan yang bersahaja Dr Azura tp mudah dan padat dengan isi.Itulah tajuknya, Culture.
Salah satu perkara yang diperkatakan adalah org Malaysia cukuplah hemah dan penuh sopan nya. Untuk menyakiti perasaan orang lain, amatlah jauh sekali.
Saya bersetuju bahawa payah org Malaysia ini untuk mengatakan TIDAK !. Kalau adapun jarang-jarang sahaja.
" Bole tak tolong saya siapkan paperwork ni, malam ni?," ujar Salleh." Tak tahu lagilah,tengoklah dululah nanti, saya ada meeting malam ini," balas Hamid..begitulah antara perbualan biasa dalam kehidupan kita.
Terlalu berat untuk Hamid mengatakan TIdak atau No kepada Salleh.Sebaliknya alasan meeting yang diberikan.Difahami secara konteksnya bahawa, Hamid tidak dapat untuk memberi bantuan seperti yang diminta.Mudahnya tak dapat nak tolong.Dengan gaya penggunaan ayat di atas, maka satu pengharapan telah diberikan kepada kepada Salleh.Lantas meletakkan Hamid dalam keadaan serba salah bila tiba waktu yang sepatutnya.Sebab tiada jawapan yang betul-betul konkrit untuk permintaan itu.Sepatutnya Hamid patut katakan," Saya tidak dapatlah nak bantu kamu malam ini.Ada meeting.Maaf ye.."
Adakah perkataan TIDAK untuk membalas permintaan org lain dalam masyarakat kita, tidak wujud sama sekali.Tidak wujud dalam kamus orang kita.Sebaliknya alasan demi alasan yang diberikan sbgai menggantikan perkataan TIDAK- yang mana mengundang bahaya..
Antara faktor yang relevan kenapa tidak mengatakan TIDAK,adalah kerna air muka.Kita tidak sampai hati untuk menjatuhkan air muka kita dengan mengatakan perkataan tersebut.Seolah -olah perkataan TIDAK itu akan menyebabkan aib besar dan menjadi buah mulut org.
Walhal dengan tidak mengatakan Tidak akan menyebabkan kita dalam keadaaan terseksa , tertekan dan terkejar-kejar.Cuma katakan TIdak kiranya kita betul-bEtul tidak mampu dan diluar batasAN, dan pastinya kita akan tenang.
Benarlah kata sahabat saya Eshadiq suatu ketika dulu,kata beliau, "Ghufran, you need to learn how to say NO !"
Daripada facebook saya: Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment