Assalamualaikum
RKUD 3030= Methods of Da'wah??
Lepas solat Asar tadi sudah lama tak berdoa sebegitu.
Seolah-olah sudah dimakbulkan & didengar oleh Allah.Subhanallah.Ya memang ALLAH itu MAHA MENDENGAR..
Tujuannya datang hanya meminta TOLONG "translate" beberapa artikel yang dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia. Agak terkejut,Tetapi cuba menolong dengan mana yang termampu.Banyak betul artikelnya ..terasa juga penat juga jadi translator ni.
Beberapa Artikel yang berkisar tentang AURAT. Ya aurat, yang mana tentang aurat wanita lah yang menjadi fokusnya. Tanya aku "Nak bagi siapa ni?", jawabnya "kawan-kawan" .Perasaan buruk sangka aku keluar dan berkata, "Mesti ada awek budak Malaysia lah ni..Pastu nak bagi artikel pasal aurat.awek tak jaga aurat sangt la kot..". teruk betul aku buruk sangka kat orang. Aku terus ajer membantu dengan harapan untuk tidak mahu mengecewakannya. ingatkan cikit tapi banyak rupanya.Mulala rasa nak nyesal. cadang ada juga nak study.Takpun g jogging .tapi mamat ni pulak minta tolong.Batal suma nya..
Almaklumlah bahasa Indonosia dan Malaysia agak berbeza ketara utamanya dari segi sturuktur ayat, dan penggunaan perkatan serta ejaan.
Contohnya pundak= bahu, bisa=boleh, pria=lelaki, dan beberapa lagi.Turut berbeza dari segi ejaannya seprti bahagian =bagian, mahram=mahrom, nipis=tipis dan macam2.macam belajar kelas bahasa pun ada. untung juga rasanya.
Akhirnya selesailah saya tolong men"translate" kan artikel nya.
Sekali lagi saya tanya "Kenapa bersungguh untuk buat artikel ini?".Sahaja saya ajukan untuk mendapat jawapan yang lebih ikhlas dan jujur,kerana maybe dia akan menjawab dengan sebenar setelah lama saya tolongnya.Dari pukul 5.30ptg sampai maghrib.lama jugalah tu.politik betulkan..
Katanya" Bukankah dalam ada hadis itu mengatakan bahawa kita kena mencegah kemungkaran.Kalau tak mampu dengan tangan dengan lidah dan sebaliknya" Terangnya dalam bahasa Indonesia dan dalam tak berapa ingat hadis tersebut dengan jelas,cuma mengingat maksud hadis tersebut.Yes, hadis yang mengatakan jka kamu melihat kemungkaran dengan matamu maka ubah lah dengan tangan mu ,jika tidak mampu dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah membencinya dan itu adalah serendah-rendah iman (Maksud hadis saya pun tak berapa nak ingat juga)
Tersentak juga saya bila mendengar penjelasan nya,dan alasannya, Katanya bila artikel yang kami translate nnti siap akan "disebarkan" kepada umum.
Ya Allah bagus dan kuat semangat da' wah budak ni. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang cukup punyai semangat yang begitu tinggi, bila dengar je hadis Rasullallah.Alhamdullah ada lagi insan yang mulia sebegini.Tak tahu nak kata mcamna seronokya jumpa dengan orang yang begini tadi.tak tahu nak taip macam mana.
Tapi gembira tu sekejab aje, Aku terus terbayang dengan apa yang dah aku buat... Disepanjang adanya jawatan2 yang penting yang pernah aku pikul.
Rasanya tak pernah lagi isu aurat ini aku sentuh dengan begitu kritikal sehingga mana hendak buat artikel dan bagi kpada individu lain dan dengan cara yang penuh berhikmah.Sedih dan kecewa.Apa yang dah aku rencanakan untuk agama aku , Islam. Jawatan hebat , besar, penuh autoriti tapi tak sampai tahap begitu.
Aku mesti berubah dan buat perubahan ni..
Alhamdulillah aku ditemuka dengan anak muda ini .Nibras namanya.. Aku sedar tentang apa yang sudah aku lakukan adalah kosong. Tidak mampu untuk mengubah dan tidak meletakkan usaha yang padu utuk mengubahnya khasnya dalam isu yang kritikal dan seperi cuba dibawa oleh Nibras..terima kasih Nibras dan terima kasih ALLAH, sebuah pengajaran yang begitu bermakna dan penting dalam lembaran hidup aku.
Justifikasinya : Aku mesti terus untuk membawa semangat ini dan Da'wah ini dengan padu , doa mesti diteruskan. resapkan dan sedarkan kawan2 dengan kesedaran yang sama. Kata penceramah dalam Radio 24 petang tadi"Orang yang bercita-cita besar , melihat masalah yang datang kepada nya adalah cabaran yang kecil dan mudah untuk mencapai cita-cita tersebut"
Dan apa yang aku minta petang itu lepas selepas solat ASAR,hanyalah " Ya Allah berikanlah dalam setip amalan ,perbuatan ,percakapan,dan tingkah laku aku,pemikiran dan segalanya, adalah untuk ISLAM ,Da'wah bagi agama ISLAM.."
Dan akhirnya, lepas doa itu, aku diberi peluang untuk melalui pengalaman bersama Nibras.Alhamdulillah..
Mungkin Saya tak pandai untuk menulis .Cuma nya ambillah maksud dan tujuan saya menulis ini. Cukuplah..
Wassalam dan terima kasih.
(Ini merupakan catatan peribadi saya bersama2 blog lama saya www.ditemss0708.blogspot.com, pada Selasa, 4 November 2008.Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
oh, aurat..
September 1, 2009 at 11:18 AMsesuatu yg masih sy sdg usaha sebaik mungkin.
ya Allah, bantulah sy...
p/s: saje singgah. slmt pose.
Post a Comment