Beberapa hari ini memeng agak pedih untuk saya lalui . Tidak lain mengenangkan negeri tempat didi ini mula mengenal dunia dan keluar menjengah bidang ilmu ini.
Keadaan politik yang bergolak , bermula daripada melompatnya Nasa dari BN ke PKR telah melihatkan satu peribahn yang bakal menetukan halatuju kami. tapi apabila dua ekor pengkianat yang yang sememangnyan tak boleh dipercayai menyebabkan keamanan waga perak terus berubah. Di tambah pula dgn timbalan speaker dewan yang turut menyebabkan lebih menjadi keruh.Kini sama2 28dun(PR& BN) denan BN ada 4 org tali barut(Nasa, jamaludin, Osman dan Hee)
kita memang percaya dengan qada dan qadar Allah.Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Pasti.. T%api yang yang menyebabkan timbulnya ketidak puas hatian ini bukanlah disebabkan menolak ketentuan tetapi apa yang BN dapat bukanlah dengan saluran yang tepat untuk sepatutnya.yakni melalui pilihan rakyat.
Saya secara oeribadi memang tidak mahu Islam dihina dan diperlekehkan dan dipergunakan . banyak yang mengatakan pakatan dengan DAP adalah sesuatu yang tidak tepat.kerana mereka itu orang kafir.Tetapi persoalan yang timbul..
1. Adakah pemimpin2 yang paln untuk berpakat dengan DAP itu tidak pernah berpolitik?takda kah planning untuk memastikan Islam itu terus subur sesuai dengan demokrasi dan diterima oleh semua.Adakah Pemimpin kita tak pernh terfikir akan isu ini. Jawapannya , YA.Saya yakin dan percaya everthing adalah calculated risk. Ada plan of Action dan planing jangka masa pnjang bagi memastikan semua itu terkawal dan subur.. Jadi tidak patut timbul Hilang nya kepercayaan kepada pimpinan sekarang.
2.Takkan lah MB itu bodoh sangat dan takda perancangan bagi memastikan semuanya smooth.
Tapi atas dasar apa say begitu beriya2 untuk menyokong kepimpinan MB nizar? bagi saya mudah .Sebagai rakyant jadi negeri perak say melihat satu kezaliman telah berlaku dalm negeri say. kezaliman yang telah dibuat dalam proses untuk mendapatkan kepimpinan.Adakah dengan cara kotor dan jijik ini BN harus lakukan bagi mendapat balik Perak. Memang jijik. dan sehingga kini MB nizar masih lagi kukuh denagn tidak mah untuk melepaskan jawatnnya. Alsan yang diberikan bukanlah atas dasar gila pangkat dan kuasa tapi kerna proses yang tidak tepat.Di wah say petik dari Malaysiakini knapa Nizar tak mahu turun jawatan
Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampuan Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampuan Tuanku,
Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
*************************************************************************************
Bukanlah say membabi buta untuk menyokong PR dan menolak PR.Tapi apakah masalah nya untuk BN melalui saluran yang tepat yakni. melaui pilihan ray umum nanti. Tidakkah risau tsunami rakyat Perak untuk tunjukkan kan segalanya dala PRU13 nanti.
Atas dasar zalim dan kaedah yang kotor inilah kiata tidak dapat terima.Sayamengakui bahawa pasa dan pkr sendiri bukanlah maksum dan semuanya betul .tetapi kalu BN nak amik perak ambillah dengan kaedah yang tepat
Sebagai org Islam kita jangan singkatkan pemikiran ini. Apa yang berlaku sahaj semuanya kita kata. mesti ada hikmahnya tanpa ada usaha dan tanpa usaha.Kena berfikir dengan jelas.
Adakah bila negara A diserang oleh Negara B kita hanya akan kata pasti ada hikmahnya dan kita seprti meredhai apa yang dilakukan oleh Negara B walupun apa yang dilakukan oleh meraka itu zalim dan tidak adil .Buknkah keadilan itu mesti sama untuk semua.Bukanlah atas dasar fanatik.
Jdinya keputusan kita supportr MB NIzar dan barisan exco nya adalah tepat. kerana apa yang diperlakukan terhadappentadbiran mereka dan perampasan kuasa yang jijik itu memang tidak boleh kita terima.Isu bahawa orang Cina untukl mempergunakan Nizar sepatutnya tidak timbul.kerana inilah yang pasti dan selalunya difikirkan agr tiap keputus dan yang diambil akan membawa demokrasi dan menjamin agama Islam dan menghomati agama lain.
Welcome
INDAH BICARA
Pejuang Sunnah
Silat Cekak Ustaz Hanafi
Politik Malaysia
Blog Archive
Assalamualikum dan salam sejahtera..
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2009. Dan ini juga merupakan tulisan sulung buat tahun ini. Saya sebenarnya memang banyk isu untuk di ketengahkan sesuai dengan situasi ini. Namun masih lagi lemah dalam mnguruskan msa ini..
Apa2 pun terima kasih kepada pngjung dan tinggalkan komen and d cbox saya kalau ada sesuatu yang nak di suarakan.terima kasih
Baru sahaj pulang dari EX- Haringgaroo serial 59/2008.baynk perkar dan pengalamn yang akan di coretkan. tapi nanti kan...
Sempat tadi ke blog syafa(http://www.penawartinta.blogspot.com/)- teman lama di smkasas. apa perkara pokok yang penting dapat di grab khasnya untuk menuju tahun baru ini adalah tersebut:
My Key Performance Index (KPI):
- Gandakan bilangan buku yang dibaca
- Menghadiri program2 ilmiah
- Menulis seberapa banyak artikel dan diterbitkan
- Program2 yang dirancang harus dilaksanakan
moga2 kita terus istiqamah dgn KPI spt di ats


CUKAI PINTU CERITA KOSONG
October 17, 2008 · Print This Article
IPOH: kadangkala timbul rasa hairan dengan sikap manusia yang sengaja cuba sensasikan sesuatu isu dengan menyorokkan beberapa fakta benar bagi mengelirukan dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai apa yang dipaparkan.
Semuga Allah memberi petunjuk pada manusia seumpama ini agar sempat bertaubat.
Kerja-kerja seumpama ini adalah kerja wartawan akhbar cetak mahupun elektronik. Bagaimanpun mereka ini dengan selama berkata bahawa slanting of stories or planting adalah kerja editor mereka. Walhal mereka juga turut terbabit.
Saya tertarik dengan kisah terbaru kes kononnya tiba-tiba cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini. Lucu dan cerita yang tidak berasas ini direka sedemikian rupa bagi mengambarkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak bertanggungjawab dan berbuat sesuka hati.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini tetapi pemiliknya tiba-tiba menerima kenaikan cukai tanah 500 peratus.
Kalau tak reti dan faham atau buat-buat tak reti untuk menulis dengan adil dan memuatkan segala asas penulisan berita, maka eloklah bertaubat dan berundur daripada menjadi wartawan. Orang kampung gelak membaca cerita-cerita kartun oleh wartawan picisan seumpama ini. Picisan kerana tidak bertanggungjawab dan tak ada nilai dan ethics of journalism.
Untuk pengetahuan umum, dulu tanah tapak lot itu kosong semasa ia dinilai pada 2005. Jadi padanlah dikenakan sebanyak itu berasaskan kiraaan yang ditetapkan MBI. Tetapi kini ada banglo atas tanah itu.
Banglo yob… banglo. Banglo diklasifikasikan sebagai rumah sebiji rumah. Bukan rumah teres atau bersambung. Besor yob 278 meter per segi. BANGLO…
Kalau dah sebosar itu, maka nilai tahunan cukainya ialah berjumlah RM4,320. Tak tau lah pulak kalu mahu dikurangkan bior sama dengan nilai rumah kampung atau teres je..
Menurut kenyataan MBI, nilai tahunan yang dikenakan atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa. Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan, tetapi MBI masih mengekalkan anggaran pada kadar sewa 1982 iaitu $360 sebulan untuk ukuran penilaian hartanahnya.
”Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja.” END/ANR
TIDAk dinafikan bahawa kita semakon hari semakin hampir dengan kematian.dan sebenarnya tiap saat yang belalu adalah semakin tua kita. Namun kadang2 kiterperangkap dalm situasi antara merubah diri dan kekal statik
Ya, kitak merasakan kita sudah semakin dewasa.mampu untuk meembuat keputusan sendiri, berkahwin , punyai pekerjaan,bebas bersuara dan sebagainya.selagi mana ia tidak betentangan dengan moral dan syarak bagi umat islam.
Isu pada kali ini adalah mengenai perkahwinan.Yakni satu ikatan murni yang memungkinkan kelangsungan kebersamaan dua pasangan yang bernama suami dan isteri semata-mata.Perlu diingat tujuan perkahwinan itu bukan lah semata-mat untuk mendapat kepuasan nasfu batin semata-mata.namun ada banyak hikmah dan tujuan disebalik ikatn muni itu.namun Bnyak permasalahan yang timbul adalah apabila ramai yang begitu ramia yang begitu agresif untuk mencari pasangan nya tika waktu menuntut ilmu ini.Saya menyokong pendapat bahwa perkahwinan ketika belajar adalah yang terbaik dalam :
- Mengelakkan maksiat
- Dapat memberi fokus yang sebnar dalam menumpukan pelajaran
- Ibu bapa akan berasa selamat apabila anak2 mereka sudah ad yang menjaganya tika ibu bapa jauh disisi.
- hidup lebih diredhai.
Tapi apa yang cuba saya keutarakan adalah KELUARGA(mak abah dan adik2).Tidakkah terlalu awl abgi kita untu memberi komitmen dan menambahkan nya lagi.sedangkan nasib keluarga belum terbela.Isu disini dalam membela nasib keluarga bukanlah semata2 dengan memberi kewangan yang kukuh tetapi lebih dari itu(ada juga mak ayah yang kaya raya).Isu kasih syang, agama, kebersamaan famili,dan lain2.say juga sayang kan famili.
Tapi macamana nak buat ye?bagi saya jangan sia2 kan waktu belajar ini. Perlu ingat istilah belajar disini bukanlah semata-mata dengan dapat 4.00 je.tapi dalm membangun kan diri ini untuk kelak.Tumpukan dalam belajar.Yes memang disinilah
Walaupun dalam menahan lapar dahaga, namun politik malaysia terus bergerak seperti biasa. Walaupun pilihan raya di permatang pauh telah selesai namun bahang selepas pilihan raya masih lagi terasa.Walaupun Anwar Ibrahim sudah memenangi pilihan raya tersebut dan kini bergelar ketua pembangkang di parlimen , namun apa yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan masih lagi belum tercapai..
Ya dan ya, tarikh 16 September 2008 masih lagi menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia.Benarkah akan ada kerajaan baru nanti? Benarkah akan ada 30 org daripada BN akan melompat parti dan membentuk kerajaan baru bersama pakatan rakyat kelak?.Berikut satu persatu keadaan yang masih bergolak dan semesti nya memeningkan kabinet Pak Lah:
- Isu perkauman yang terus berkumandang. Yang mana Isu ini timbul ketika kimpen pilihan raya DSAI di P.Pauh dl.Dato Ahmad Ketua bahagian Umno Bukit Bendera telah mngatakan bhawa Cina adalah kaum pendatang,.Apalagi.Ngam
ulk la org cina. Dan sebab tu juga kenalah Dato Najib kita minta maaf secara terbuka kat dalam tv secar terbuka.Dan buat pertama kali nya saya mendengar istilah apologetik yang telah dirujuk kepada org melayu atas isu itu. - Mungking (atau memang dah dirancangkan awal)kesan dari itu isu no.1 diatas,Gerakan(salah sebuah parti komponan BN) mula untuk mengkaji kedudukan merekan dalam BN. "Duri dalam daging" boleh distilahkan.
- Isu 2 buah kapal MISC yang masih lagi tak selesai.Bunga Melati 2 dan 5.Dikatakan crew2 yang ada mungkin berhapan dengan kebuluran.Dan pampasan yang diminta adalah berjuta-juta lebih..
Dan kini tarikh 16 september terus menjadi teka- teki.. Yang mana masa dan ketika akan menentukannya..
:.:Apa yg aku harap adalah negara ini akan terus berada dlm keadaan SELAMAT , AMAN & MAKMUR .DALAM APA KEADAAN JUA.
